Sunday, September 14, 2008

TAMAT PRAKTIKUM

Pada 11 September 2008 baru-baru ini, telah tamat latihan praktikum bagi dua orang cikgu pelatih dari IPSM Besut yang telah dihantar di SK Pak Ba, Setiu selama 3 bulan iaitu Cikgu Suhairudin Bin Zainal @ Ismail dan Cikgu Mohd Suhaimi Bin Muda.
Pada 11 September 2008 ( Khamis ) yang lalu pihak sekolah telah mengadakan majlis iftor jam'i ( berbuka puasa ) sempena majlis perpisahan dua orang cikgu pelatih tersebut di Restoran Sri Wangsa Gong Badak.
Pihak sekolah juga mengucapkan terima kasih kepada mereka berdua di atas segala kerjasama yang diberikan kepada pihak sekolah semasa mereka menjalankan praktikum mereka di sini dan di atas segala jasa yang mereka tinggalkan untuk kenangan di Pak Ba ini.
Harapan kepada Cikgu Din dan Cikgu Mi semoga anda mendapat pengalaman selama berada di sini dan akan menjadi seorang guru yang baik dan bagus demi mendidik anak bangsa nanti. Jadilah guru umpama "Ikut Resmi Kelapa" walaupun di mana berada dapat tumbuh segar, walaupun di mana anda di 'postingkan' yang penting didiklah anak bangsa dengan ikhlas.
Warga Pak Ba mengucapkan jutaan terima kasih dan jumpa lagi.



MOHD SUHAIMI BIN MUDA


SUHAIRUDIN BIN ZAINAL@ISMAIL



SALAM PERPISAHAN...