Sunday, August 10, 2008

SK Pak Ba via google earth

Gambar 1

Jalur kuning merupakan jalan utama ke SK Pak Ba dan juga merupakan jalan utama penduduk kampung sekitarnya. Jalur merah adalah laluan kedua ke SK Pak Ba melalui Kg. Sendor dan jalur biru adalah laluan yang jarang digunakan. Hanya digunakan bila jambatan yang menghubungkan Kg. Pak Ba ( merentangi Sungai Nerus ) dengan dunia luar dinaiki air banjir. Laluan ini jarang digunakan kerana jalannya yang agak teruk dan tidak berturap merentasi ladang kelapa sawit.

Gambar 2

Pandangan atas SK Pak Ba

AHLAN WASAHLAN...


Sk Pak Ba terletak di daerah Setiu kira-kira 40 km dari bandar Kuala Terengganu dan 45 km dari Bandar Permaisuri. Sekolah ini berstatus SKM (sekolah kurang murid). Pelajar-pelajar disini 100% berasal dari Kampung Pak Ba dan kebanyakan pekerjaan ibubapa mereka adalah petani, penoreh getah dan bekerja sendiri.

Walaupun sekolah ini jauh dari bandar, semangat guru-guru dan para pelajar amatlah berkobar kobar dalam meningkatkan martabat "ilmu pengetahuan"

Ahlan Wasahlan ila Madrasah Wathoniyyah Pak Ba, Setiu, Terengganu.