Hari keluarga SKPB telah diadakan pada 21 Ogos 2008, semua guru telah menghadirinya. Acara bermula pada pukul 8 pagi sehingga tamat 2.30 petang. Antara program yang dijalankan ialah sukaneka untuk kanak-kanak, sepak raga untuk guru-guru lelaki, acara meniup belon untuk guru-guru perempuan dan acara bowling untuk semua guru.
Acara pagi yang diadakan di Pantai Tok Jembal amat meriah sekali.
Acara bowling pula dijalankan di Stadium Sultan Mizan, iaitu stadium tercanggih di asia. Semua pulang dengan ceria dan gembira terutama mereka yang mendapat hadiah walaupun terasa sedikit keletihan..Bye bye jumpa lagi tahun hadapan.
